DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
SETIAP KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG TERSENDIRI.
BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIO BUDAYA DAN AGAMA
|
Bil
|
Nama
|
No Matrik
|
|
1
|
MOHAMAD FIRDAUS BIN HANORDIN
|
02DKA17F2042
|
|
2
|
SITI FITRAH KHADIJAH BINTI KAMARUDDIN
|
02DKA17F2040
|
|
3
|
MOHAMAD LUQMAN BIN MOHD ROZLAN
|
02DKA17F2026
|
|
4
|
MUHAMMAD ZARIF FIKRI BIN MOHD ZAFRI
|
02DKA17F2037
|
|
5
|
MOHD IZZAT SYAFIQ BIN MOHD DIN
|
02DKA17F2067
|
NAMA PENSYARAH : RAZANA BINTI MOHD KASIM
1.0 PENGHARGAAN
Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam kami
iaitu Puan Razana kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada
kami dalam menyiapkan e-folio ini.
Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan
untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang secara langsung
dan tidak langsung membantu kami dalam menjayakan e-folio ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan-kawan
kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar,
kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami
menyiapkan e-folio ini dengan jayanya.
1.1 PENGENALAN
Tuhan mencipta manusia lelaki dan perempuan. Tuhan
juga mencipta syariat untuk mereka. Dalam syariat islam, ada sesetengah hukum
dan peraturan berbeza diantara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza.
Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan dia
antara lelaki dan perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Islam juga
tidak melarang umatnya berurusan sesama manusia, lelaki dan perempuan namun
perlu diingatkan bahawa ada garis panduan syarak dalam setiap perkara.
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang
adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada
keburukan disebaliknya. Pantang larang selalunya diamalkan oleh orang-orang tua
dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun temurun. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik
yang boleh diamalkan dalam kehidupan.
Menurut kamus
dewan, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara
hidup dan adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian
sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai
perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut
mempunyai takrif tersendiri mengenai sosiobudaya ini. Sosiobudaya menurut islam
ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir
dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan
masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang
pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai oleh Tuhan.
2.0 SOSIAL
BUDAYA DI MALAYSIA
Social budaya adalah amalan yang berupa Gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan
untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian
penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan
hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan
orang-orang melayu, orang cina, orang India dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan,
keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan
masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di Malaysia melalui budaya cina dan
India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu,
kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka
saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan
nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat sekarang menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni
apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam
semua aktiviti seperti perayaan, kemerdekaan, kesultanan dan sebagainya.
Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung
melalui sambutan perayaan Sama ada perayaan untuk kaum melayu, mahupun India
dan cina. Kesemua kaum Akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut.
Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini dapat dilihat di
merata tempat.Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan
suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim
yang telah lama terjalin.
Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosial budaya penduduk terutama
mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat
resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan
keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang
tersebut kerana mereka lebih suka mengikut Cara moden dan kebaratan. Perkara
pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam
pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada
perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya
menunjukkan tentang kehebatan sendiri.
Kesimpulannya, Sosial budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam
setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga
berlaku akibat daripada perubahan sosial budaya penduduk. Oleh itu, sebagai
masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memandang tinggi kepada peradaban
sosial budaya melayu.
2.1 AGAMA DI
MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara berbilang-kaum yang de-facto sekular, pada masa
yang sama status rasmi Islam diiktiraf... Menurut kepada rajah banci 2000,
kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam, 19 peratus
agama Buddha, 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus
Konfusianisme, Taoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya
menganut kepercayaan lain, termasuk animisme, Sikhisme, dan Baha'i. Seperti
yang diperlukan oleh undang-undang Malaysia dan ditakrifkan dalam Perlembagaan
Malaysia, seorang Melayu boleh menyerahkan status etniknya jika dia adalah
bukan Muslim. Bagaimanapun sebaliknya adalah tidak sahnya benar, seseorang
tidak sahnya menjadi Bumiputera dengan memeluk Islam. Muslim Malaysia adalah
primernya Melayu walaupun terdapat kebanyakan bilangan India dan Muslim
Pakistan dan bilangan yang semakin bertambah dari etnik mualaf Cina.
Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular
atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal. Mereka mematuhi amalan bulan
suci (Ramadan) apabila berpuasa semasa waktu siang yang madatori, dan mengelak
memakan daging babi tetapi mereka tidak mengerjakan sembahyang Lima waktu
sehari mahupun pergi ke masjid secara kerap.
Pada
masa yang sama, bilangan Melayu yang semakin bertambah telah mengambil agama
ini lebih serius, dengan bertambahnya populariti kewangan Islam dan
bertambahnya bilangan perempuan memilih untuk memakai tudung atau skaf kepala
sebagai bukti.
3.0 SETIAP
KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG YANG DIAMAL DARI SUDUT BUDAYA
SOSIAL YANG TERSENDIRI DAN ANTARANYA ADALAH:
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu
perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya.
Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina
dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun.
Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan
melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik
masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan
nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang
larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri
seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa
menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang
mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa
perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan
oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum
majmuk.
3.1 Pantang
larang Perkahwinan Kaum Melayu
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang
Larang buat bakal mempelai itu.
Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
Kebaikan diri mereka. Ia
bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
Satu budaya dlm masyarakat
melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini
kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
Pantang larang yg difikirkan
sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari
sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia
bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu
dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga
untuk menjaga nama baik keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau
oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai
berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas Maghrib ke atas bagi mengelakkan
diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar
serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ
seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri
hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah
tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri
bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak
melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan
berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
3.1.1 Pantang
Larang Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidIlfitri
Pantang Larang Perayaan
Hari Raya
Aidilfitri.
1.Dilarang membazir dan
berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama
Islam itu sendiri.
2.Memakai pakaian bersih,
cantik dan juga wangi-wangian.
3.Umat Islam yang kehilangan
saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah
atau bacaan surah Yasin.
4.Berkunjung ke rumah sanak
saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang
lampau.
5.Memasang pelita di waktu
malam untuk menyambut malam tujuh likur.
6.Pemberian wang kepada
kanak-kanak oleh orang dewasa.
7.Mengadakan rumah terbuka
ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
8.Membuat dan menghidangkan
juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.
Hari Raya
Aidiladha.
1.Melakukan ibadah korban
sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.
2.Mengenakan pakaian bersih,
cantik dan memakai wangi-wangian.
3.Melawati kubur-kubur sanak
saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
4.Disambut dengan adab kunjung
mengunjung dan rumah terbuka.
3.1.2 Pantang
Larang Mengandung Orang Melayu
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk
mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung
di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan
menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah
pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga
di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang
untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang
bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang
ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.
3.2 Perkahwinan
Orang Cina
Bakal
pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan
sebelum dan selepas majlis perkhawinan.
Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih,
biru tua, hitam dan hijau.
Dalam
bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
Nombor
genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan. Menurut keparcayaan orang
cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah
perkhawinan yang tidak sah.
3.2.1 Pantang
Larang Tahun Baru Cina
Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan
tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai
dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.
Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang
sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai
bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana
menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.
Selain itu, masyarakat Cina
turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan
sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru
Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan
keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi
merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa walau sesibuk
manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan
seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan
yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru
Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat
dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk
sepanjang tahun tersebut.
Sungguhpun kini
kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti dulu, ini tidak
bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan pakaian berwarna
merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika
menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa
buruk bagi orang cina.
Selain itu,
pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang
sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka
yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia,
tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama
ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan
supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya,
walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan
pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang
diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan
datang.
3.2.2 Pantang
Larang ibu Cina Semasa mengandung.
1. Dilarang makan daging
arnab
l Jika
memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging
anjing.
l Jika
memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa
menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam
jantan.
l Barulah
bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
l Barulah
bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang
bersifat sejuk. Seperti ais-krim, tembikai.
l Kemungkinan
membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil gunting
atau penyepit kuku
l Bayi
yang dilahirkan Akan mengalami kecacatan.
7. Dilarang mengangkat tangan
melebihi paras bahu.
l Ibu
tidak mudah mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu.
l Ibu
mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju.
l Kononnya
akan mengakibatkan keguguran bayi.
10. Dilarang menghadiri
upacara perkahwinan.
l Upacara
perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak
langsung.
3.3 Pantang
Larang Semasa Pekahwinan Orang India
Perkahwinan
kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil
tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan
pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.
Pantang
larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan
ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu,
sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak Hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut Akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jika jamuan
perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan
kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya,
pada zaman modem sekarang ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang
larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan
tradisional budaya dan unik terhadap kaum India.
3.3.1 Pantang
Larang Semasa Deepavali
Hari
Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh
dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti
cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud
‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli
keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa
maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia
ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada
pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah,
biru dan Oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih
yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan
di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati
ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
3.3.2 Pantang
Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
1. Bagi masyarakat India,
terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu yang
mengandung.
2. Dilarang keluar rumah
berseorangan pada waktu malam
3. Dilarang tidur pada
waktu siang atau tidur berlebihan.
4. Dilarang melakukan
perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,
menyembelih binatang dan sebagainya.
5. Dalam tempoh 2 bulan
selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan
kerja-kerja yang berat.
6. Masyarakat India
mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari.
7. Pada tempoh hari yang pertama,
saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan
dia terkejut.
4.0 SETIAP
KAUM MEMPUNYAI BATAS PERGAULAN DAN PANTANG LARANG YANG DIAMAL DARI SUDUT AGAMA
YANG TERSENDIRI DAN ANTARANYA ADALAH:
4.1 AGAMA
ISLAM
Allah s.w.t mencipta manusia
lelaki dan perempuan. Ia juga mencipta Syariat untuk mereka. Dalam Syariat
Islam ada sesetengah hukum atau peraturan berbeza di antara lelaki dan
perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan tanggungjawab
masing-masing kadangkala berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan,
lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Penulisan ini cuba melihat sejauhmana
batas-batas pergaulan yang dilarang dan dibolehkan dalam Syariat Islam.
4.2 PENGERTIAN
PERGAULAN
Pergaulan dalam bahasa Arab
disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang
bererti bercampur. Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah
bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin)
di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau
perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga
orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang
sahaja.
4.3 HUKUM PERGAULAN
DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Hukum asal pergaulan antara
lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian,
pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih
mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada
asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat
unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang
dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat
berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum
solat jumaat bagi wanita.
1. Larangan
Berkhalwat dan Musafir tanpa mahram
Perempuan
dilarang bermusafir bersendirian tanpa mahram dan dilarang berkhalwat dengan
lelaki ajnabi (sah kawin dengannya). Kedua-dua larangan ini didasarkan kepada
hadis-hadis berikut:
i. Maksudnya: “Perempuan
tidak harus musafir kecuali ada bersamanya mahram dan lelaki tidak harus masuk
(dalam rumah) perempuan kecuali ada bersamanya mahram.
ii. Maksudnya: “Lelaki
tidak harus berkhalwat dengan perempuan kecuali bersamanya mahram dan tidak
harus musafir kecuali bersamanya mahram.”
Hadis pertama
melarang lelaki ajnabi berkhalwat dengan wanita di dalam bilik atau rumah.
Hadis kedua pula melarang wanita keluar mengerjakan haji tanpa mahram.
Kedua-dua hadis ini telah dijadikan oleh para fuqaha’[4] sebagai dalil
pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan; kerana kedua-duanya mengandungi
unsur pergaulan.
Walau apapun,
satu kesimpulan dapat dibuat iaitu pergaulan perempuan dengan lelaki bukan
mahram adalah diharamkan. Namun, pengharaman ini bukanlah didasarkan kepada
suatu nas Syarak yang sarih kerana tiada nas Syarak yang dengan jelas
menyatakan demikian. Pengharaman ini hanyalah didasarkan kepada pengharaman
khalwat yang terdapat dalam hadis pertama di samping larangan bergaul yang boleh
difahami dari larangan ke atas wanita mengerjakan haji tanpa mahram.
Dengan kata lain, oleh
kerana khalwat antara wanita dan lelaki bukan mahram diharamkan maka pergaulan
antara wanita dan lelaki bukan mahram juga adalah haram. Begitu juga, oleh
kerana perempuan dilarang mengerjakan haji tanpa mahram kerana perbuatan itu
mendedahkannya kepada pergaulan dengan lelaki maka semua bentuk pergaulan
wanita dengan lelaki bukan mahram adalah haram.
Begitu juga hukum
sebaliknya, iaitu oleh kerana wanita tidak haram berkhalwat dengan lelaki
mahram kerana darurat, maka juga tidak haram bergaul dengan lelaki mahram atas
alasan darurat. Jelas di sini, hukum boleh dengan tidak boleh wanita bergaul
dengan lelaki mahram adakah sinonim dengan hukum boleh dan tidak boleh dia
berkhalwat dengan lelaki mahram, begitu juga boleh dan tidak boleh beliau
musafir tanpa mahram.
BATAS-BATAS
PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG DIBOLEHKAN
Perbincangan di atas telah
menjelaskan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah
dilarang. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum
tersebut berubah menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan
ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat Syar’ie dan kebiasaan adat setempat.
1. Pergaulan Antara Lelaki
Dan Perempuan Kerana Darurat
Dalam syarah Sahih Muslim,
al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan hokum berkhalwat antara
perempan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan
darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam
satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini
membolehkan seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan
melindungi daripada bahaya.
Penjelasan al-Nawawi
menyakinkan bahwa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan
sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan
perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada
tujuan-tujuan lain. Hukum uni adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal
iaitu haram.
2. Pergaulan
Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan
Pergaulan antara perempuan dan
lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) Syar’ie adalah dibolehkan. Antara
keperluan-keperluan Syar’ie ialah:
a. Pergaulan
antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan harta)
Pergaulan antara lelaki dan
perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain
dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di
antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah
(urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti
pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.
b. Pergaulan
antara lelaki dan perempuan semasa bekerja
Semasa melaksanakan kerja,
pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan
ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batas-batas Syarak
seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan biasa yang
tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar
al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai
penguatkuasa di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan.[17]
Tabiat penguatkuasa di pasar menuntut pegawai tebabit bergaul dengan peniaga
dan pembeli di pasar, lelaki dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja
sebgai penguatkuasa menunjukkan pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau
pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah `Umar tidak melantik perempuan
bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja tersebut menuntut berlakunya
pergaulan.
c. Pergaulan
di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi
Perempuan boleh bergaul dengan
lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh Syarak bahawa
perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam
kes-kes harta dan hak-haknya.
d. Pergaulan di
antara lelaki dna perempuan dalam kenderaan awam
Pergaulan di antara dalam kenderaan
dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian,
keharusan ini tertakluk kepada Syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk
tujuan yang tidak Syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah bertujuan Syar’ie
seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit
dan sebagainya.
Di samping syarat-syarat
di atas, batas-batas Syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlulah
dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan
berlaku secara biasa dan normal.
3. Pergaulan
Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis
Pergaulan di antara lelaki dan
perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara kerana semperna sesuatu
dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas Syarak seperti pakaian menutup
aurat, tidak tabarruj, menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal.
Sekiranya batas-batas Syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki
dan perempuan tidak dibolehkan. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat antara
lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah
lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu
fitnah).
4. Pergaulan
Di Antara Lelaki Perempuan Semasa Belajar
Dalam persoalan
pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada
hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah ia dilarang atau
dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’[19] berpendapat lelaki dan
perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar.Mereka berhujah dengan hadis Sa’id
al-Khudri yang meriwayatkan:
Maksudnya: “Perempuan
berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang
lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi
kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan
satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati
dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di
antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang
jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari
apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda:
“walau dua orang”.
Bagi mereka hadis
ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada
lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan,
pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus
bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara
lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak
mengkhususkan hari bagi perempuan.
Bagaimanapun, setelah
hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh
bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana
‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab’ie
kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka
sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari
perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian
atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta
Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ertinya,
permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas
dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang
bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu,
pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara
lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang. Jadi, hadis ini bukan hujah bagi
pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan
tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”
(menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan,
terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan
seks. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada
peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak
daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan
perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” bukan hadis di atas.
Selain dari penjelasan
perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa
belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan
semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat. Mungkin
sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa
belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah
berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah
dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks
pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan
ke atasnya bukan dirujukkan kepada nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”
[1] Ibn Manzur, Lisan al-Arab,
Jilid 9, hlm. 120-121.
[2] Al- `Asqalani, Fath
al-Bari bi Syarh al-Bukhari, Jilid 4, hlm. 72, 77.
[3] Al-Nawawi, Sahih Muslim bi
Syarh al-Nawawi, Jilid 9, hlm. 109.
[4] Abd al-Karim Zaydan (Dr.),
al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah, jilid 3, hlm. 423.
[5] Al-Nawawai, op.cit., hlm.
109.
[6] Ibid, Jilid 4, hlm.
159-161.
[7] Ibid.
[8] Ibid, hlm. 163.
[9] Ibid., hlm. 159.
[10] Abd al-Razzaq al-San`ani,
al-Musannaf, Jilid 2, hlm. 407.
[11] Al-Asqalani,
op.cit., Jilid 6.hlm. 75-76.
[12] Ibid.
[13] Ibn Qudamah, al-Mughni,
Jilid 2, hlm. 341; Lihat juga al-Nawawi, al-majmu’. Jilid 4, hlm. 365.
[14] Al-Kasani, Bada’i
al-Sana’i, Jilid 1, hlm. 259.
[15] Al-Nawawi, op.cit., hlm.
109.
[16] Abd Karim Zaydan (Dr.),
op.cit., Jilid3, hlm. 276; Ibn Qudamah, op.cit., Jilid 6, hlm. 588; al-Ramli,
Nihayah al-Muhtaj., JIlid 6,hlm. 154.
[17] Ibn Hazm, al-Muhalla,
Jilid 9, hlm. 429.
[18] Abd Karim Zaydan (Dr.),
op.cit., Jilid3, hlm. 427.
[19] Ibid., hlm. 431.
5.0 KESIMPULAN
Berdasarkan huraian sebelumnya
kami dapat menyimpulkan beberapa hal iaitu sebagai berikut:
1.Islam telah menetapkan dan
mengatur batas-batas dalam pergaulan bebas diantaranya dengan menjaga dengan
pandangan mata dan memelihara kehormatan (tarji)
2. Islam tidak mengaku
dan mengatur tata cara seperti yang ada pada saat ini.
3. Budaya pacaran adalah
merupakan satu konsep yang sama dengan pergaulan bebas dan impaknegatif
(bahayanya) tidak jauh berbeza.Untuk para remaja, tinggalkanlah pengetahuan
tentang segala perkembangan dengan tetap meningkatkan keimanandan ketaqwaan
kepada Tuhan Yang Maha Esa dan untuk para orang tua.berikanlah yangterbaik pada
anak remaja dengan tetap menjaga dan mengawasi tingkah lakunya.
6.0 LAMPIRAN
Perayaan Kaum India
Perayaan Kaum Melayu
Perayaan Kaum Cina
7.0 RUJUKAN
2. Utusan Publication &
Distributors Sdn Bhd . Akidah & Akhlak Dalam Kehidupan Muslim.
2001. Zakaria Stapa.Halaman 53– 60
3. Ahmad Sunawar Long, Siti
Saudah Hassan dan Ismail Ab. Rahman(eds)(2003), PerpaduanUmmah: REaliti dan
Cabaran, Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM.
4. Azmah Abdul Manaf (2001),
Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications &
Distributions Sdn Bhd. Pustaka Dimensi
5. Azharuddin Moahmed Dali
(2003), Sejarah Masyarakat India sebelum dan selepas Merdeka: Satu Penelitian
Umum, Malaysia dari segi Sejarah, bil 31, hlm, 227-244
6. Ting Chew Peh (1976),
Struktur Masyarakat Malaya dalam Zaman Penjajahan, Jurnal Antropologi dan
sosiologi, 4: 12-30
7. Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (2005), Adat Perkahwinan Masyarakat Malaysia,
diperoleh daripada
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/index.php?bahan+=viewbudaya .php?id=720&PHPSESSID=ad5d3fceb02eeeaae98e58d2aa06d8e
http://www.heritage.gov.my/kekkwa/index.php?bahan+=viewbudaya .php?id=720&PHPSESSID=ad5d3fceb02eeeaae98e58d2aa06d8e



Ulasan
Catat Ulasan